INI TUBUH KITA
Badan kita adalah organisma sempurna yang membolehkan kita hidup di bumi
ini dengan selesa, untuk berlari dan bermain, untuk membaca dan menulis
dan, ringkasnya, ia membolehkan kita melakukan sebarang aktiviti. Organisma-organisma
ini amat indah hingga tidak seorang pun dapat menyamakan mereka dengan
mana-mana teknologi maju.
Tahukah kamu tubuh kamu terdiri daripada lemak,
protein, air, karbohidrat dan mineral? |
Bagaimana kamu mengenali tubuh kamu sendiri, yang bekerja tanpa henti dan dapat memperbaiki dirinya sendiri apabila rosak?
Jendela Kita Ke Dunia Luar: Mata
 Setiap organ di
dalam badan kita amat penting kepada kita. Hidup kita akan berubah sekiranya
kita kehilangan satu daripadanya. Sebagai contoh, mata kita... Dapatkah
kamu fikirkan apa yang dapat kamu lakukan jika kamu tidak mempunyai mata?
Kamu tidak akan dapat mengetahui bagaimana rupa paras ibu bapa kamu, adik
beradik, atau kawan-kawan. Kamu tidak dapat melihat semua benda-benda
yang indah ini. Kamu tidak dapat bermain permainan yang kamu main sekarang.
Kamu tidak akan dapat membaca buku ini dan melihat gambar berwarna-warni
di dalamnya. Kamu tidak dapat membayangkan bagaimana rupa seekor arnab
atau seekor anjing, kerana kamu tidak pernah melihatnya. Kamu tidak dapat
melihat kartun di TV. Kamu tidak dapat melakukan aktiviti kamu dengan
mudah. Kamu mungkin tidak dapat mencari jalan di sekitar rumah kamu. Kamu
tidak dapat melihat sebarang warna atau bentuk, kamu juga tidak dapat
mengenali warna atau mengenal pastinya. Senarai ini tidak akan habis.
Allah menjadikan setiap manusia dengan mata yang membolehkan mereka melihat.
Allah telah memberikan manusia anugerah berharga ini.
Mata kita memainkan fungsi paling penting. Ia menjalankan proses-proses
penting yang tidak kita sedari, dan hanya selepasnya kita dapat melihat
sekeliling.
Mari kita kaji secara ringkas bagaimana kita melihat:
Setiap objek di dunia ini memantulkan dan memancarkan cahaya ke sekelilingnya.
Sebagai contoh, semasa kamu melihat buku ini, cahaya yang terpantul dan
terpancar daripada buku tersebut sampai ke belakang mata kamu melalui
pupil. 
Cahaya ini, setelah melalui satu siri proses di belakang mata kamu, telah
ditukar menjadi isyarat elektrik. Isyarat elektrik ini sampai ke otak
kamu. Di belakang otak kamu terdapat pusat penglihatan yang membolehkan
kamu melihat. Pusat penglihatan ini adalah sebuah tempat yang kecil. Di
kawasan kecil inilah isyarat elektrik ini membentuk imej buku ini dan
ia berlaku ketika kamu melihat buku ini.
 Untuk menerangkan secara ringkas proses-proses
ini sahaja telah memakan masa, sedangkan proses ini berlaku dengan pantas.
Proses-proses ini berlaku secepat kamu melihat buku ini, pada kelajuan
yang tidak dapat kamu melihatnya.
Bukankah ia merupakan satu sistem yang sangat sempurna? Jika kamu masih ingat kami telah menyebutkan tentang para penyokong evolusi sebelum ini. Kami juga menyebut bahawa mereka ini percaya bumi, alam semesta, bintang-bintang dan semua hidupan adalah hasil daripada kebetulan. Mereka yang berkata demikian juga berkata perkara yang sama tentang mata. Mereka berkata, "Mata telah terbentuk dengan sendirinya secara kebetulan." Dapatkah sebuah sistem yang kompleks dan indah terbentuk dengan sendirinya? Kami berikan satu contoh untuk menjelaskan betapa mengarutnya pendapat ini:
 Jurutera-jurutera telah menghasilkan kamera fotografi dan
kamera video dengan meniru mata manusia. Bagaimanapun, tidak satu pun
peralatan ini dapat memberikan gambaran yang jelas seperti mata kamu.
Sekarang angkat kepala kamu daripada buku ini dan lihat sekeliling kamu.
Tidakkah pandangan kamu begitu jelas? Tidak terdapat sebarang kekaburan,
bintik-bintik putih atau garisan terputus di dalam penglihatan kamu. Sering
berlaku, kamu melihat bintik-bintik putih atau garisan-garisan terpisah
di dalam satu imej. Walaupun ini semua tidak terjadi dan dengan semua
teknologi terkini, televisyen masih tidak dapat menghasilkan imej yang
sempurna seperti mata kamu.
Sekarang, mari kita fikirkan sejenak. Ini menunjukkan mata kamu adalah
jauh lebih maju dan berkualiti daripada kamera video atau kamera fotografi
atau televisyen. Apa yang akan kamu lakukan sekiranya seseorang datang
kepada kamu dan berkata seperti berikut
Telinga Kita Yang Dapat Mendengar Tanpa Sebarang Gemercikan
Allah telah menjadikan telinga kita
sempurna seperti mata. Bayangkan sebua h stereo, sebagai contoh. Walaupun
kamu memasang stereo terbaik, kamu tetap akan mendengar bunyi gemercikan
dan desiran. Rangkaian radio sering bercampur aduk. Sekarang, jangan bercakap
tapi dengar sahaja! Dapatkah kamu mendengar sebarang bunyi desiran? Telinga
kamu tidak akan menghasilkannya. Kamu mendengar suara dengan begitu jelas
sekali. Jadi apakah kamu merasakan telinga kamu juga menghasilkan bunyi
gemercikan seperti stereo? Allah telah menjadikan telinga kita dengan
sempurna dan kita dapat mendengar bunyi di sekeliling kita tanpa sebarang
gangguan.
Allah telah menjadikan telinga kita sedemikian rupa sehinggakan kita tidak dapat mendengar bunyi-bunyi yang akan mengganggu kita. Darah di dalam tubuh kita, sebagi contoh, mengalir dengan begitu pantas dan ia menghasilkan bunyi yang banyak ketika proses peredarannya. Bagaimanapun, telinga kita tidak mendengar bunyi yang dihasilkannya. Bumi kita juga menghasilkan bunyi yang kuat ketika berputar. Tetapi, Allah telah menjadikan telinga kita begitu ideal sehingga kita tidak dapat mendengar bunyi ini. Allah sentiasa memelihara kita. Kerana itulah, sepanjang hidup kita, Allah tidak membiarkan kita mendengar bunyi-bunyi yang mengganggu kita.
Kerana itulah kita perlu bersyukur kepada Allah di atas nikmatnya, Allah telah
menjelaskannya di dalam ayat Al-Quran:
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan
keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu
pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.(Surah
An-Nahl:78)
 |
        
Ini adalah gambar rajah menunjukkan telinga dalam kamu. Cuping
telinga kamu mengumpulkan bunyi, dan ia akhirnya sampai ke pusat
pendengaran di dalam otak kamu dengan bergerak di dalam telinga
kamu. Dan di sinilah berlakuknya proses pendengaran.
        |
Jantung Kita Yang Tidak Pernah Penat
 Bagi kita, jantung adalah organ asas. Ia berdenyut sekitar tujuh
puluh dua kali seminit dan kira-kira empat puluh juta kali setahun. Untuk
memahami bagaimana proses ini amat memeningkan, cuba buat genggaman dengan
tangan kamu dan kemudian lepaskannya, kemudia teruskan membuat genggaman
dan lepaskan. Berapa minit kamu dapat berbuat begitu?
Jantung kamu, yang bersaiz sebesar penumbuk kamu, berterusan melakukan aktiviti
ini sepanjang hidup kamu tanpa merasa letih atau berhenti. Jantung kita
tidak pernah berhenti walaupun ketika kita tidur. Jika merasa gembira,
jantung kita akan berdenyut lebih pantas, dan ia berdenyut perlahan ketika
kita berehat. Jantung kita melakukan penyenggaraan ini secara automatik
ketika kita tidak menyedarinya.
Setiap kali jantung kita berdenyut,
ia mengepam darah ke seluruh badan kita. Apa yang kita perlukan untuk
hidup terdapat di dalam darah ini. Setiap sel kita menerima oksigen dan
makanan yang diperlukan daripada darah. Jantung kita mengepam sekitar
43,000 liter darah setiap hari. Tahukah kamu berapa banyak darah ini?
Ia mencukupi untuk memenuhi 150 tab mandian. Tidakkah kamu akan merasa
penat sekiranya kamu cuba mengeringkan sebuah tab mandian dengan menggunakan
sebiji cawan? Sekarang bayangkan bagaimana hendak mengeringkan air di
dalam 150 tab mandian dengan sebiji cawan? Mungkin kamu tidak akan dapat
melakukan tugas yang sukar ini. Bagaimanapun, jantung kita telah melakukan
tugas ini dan telah melakukannya sejak kita dilahirkan dan akan terus
melakukannya sehingga kita meninggal dunia. Lebih-lebih lagi, ia tidak
pernah berhenti. Kamu, misalnya, pasti akan berehat ketika melakukan kerja-kerja
berat. Kamu perlu berbaring, atau berehat, tetapi jantung kita tidak pernah
letih, kerana ia merupakan keperluan kepada kita. Ia kecil tetapi tugasnya
amat besar. Kerana itulah, Allah telah menjadikannya sedemikian rupa sehingga
ia tidak pernah letih.
 
Tidak dapat dibayangkan sebuah bandar tanpa
jaringan jalan raya, jalan keretapi atau jalan laut. Jaringan
unik di dalam tubuh kamu membolehkannya berfungsi dengan sempurna.
Iaitu pembuluh darah untuk sistem pengaliran darah. Di dalam pembuluh
ini, darah mengalir sehingga jantung terus mengepam. Darah membawa
bahan-bahan yang banyak daripada satu bahagian ke bahagian yang
lain. Ia menyalurkan makanan secara berterusan ke setiap bahagian
badan dan mengutip bahan-bahan buangan.
|

Tahukah Anda Terdapat Askar Di Dalam Tubuh Badan Yang Melindungi Kita Daripada Kuman?
Tempat kita duduk, udara yang kita sedut, benda-benda yang kita pegang
penuh dengan kuman dan virus, tetapi kita tidak dapat melihatnya. Kuman
dan virus adalah organisma-organisma kecil yang menyebabkan penyakit di
dalam badan manusia. Kita tidak dapat melihatnya tetapi ia boleh menyebabkan
kita jatuh sakit dan hilang kekuatan.
Terdapat organisma-organisma lain yang kita tidak dapat lihat. Ia membentuk
askar di dalam tubuh kita dan melindungi kita daripada kuman dan virus.
Askar ini dikenali sebagai "Sistem Imuniti".
  |
Kepentingan
dan kegunaan vaksin: Kuman-kuman bahaya diberikan kepada tubuh
setelah dilemahkan. Dengan cara ini, sel-sel imuniti akan dapat
mengenalinya dan mengambil langkah untuk melindungi kamu daripadanya. |
.
 |
Apabila satu virus memasuki badan, sel
imuniti yang bertindak sebagai pengawal akan mengenal pastinya.
Sel pengawal ini akan memanggil sel imuniti
dengan memberi amaran kepada mereka. Pada masa yang sama, senjata
yang diperlukan telah pun dihasilkan.
|
 |
Ketika virus-virus ini memasuki sel-sel badan
untuk membiak. Sel imuniti membunuh sel-sel badan
ini untuk menghapuskan virus ini. Hasilnya: Tubuh kita memenangi
peperangan ini. |
Sistem imuniti kita terdapat di dalam darah. Sel-sel yang membentuk system
imuniti kita dikenali sebagai sel darah putih.
Apabila musuh memasuki badan kita, darah kita bekerja seperti sebuah
makmal. Ia dengan segera menghasilkan bahan-bahan khas untuk menentang
musuh ini dan menghasilkan lebih banyak sel yang setanding dengan kekuatan
musuh. Satu pertempuran sengit berlaku. Kadang kala tentera di dalam badan
kita memenangi pertempuran ini tanpa kita menyedarinya dan kuman dan virus
mati.
 Kadang kala kita dapat merasai pertempuran
ini. Kamu nyatakan bagaimana? Apabila kamu demam! Sudah tentu kamu pernah
merasai demam mungkin beberapa kali. Iaitu ketika musuh kamu sedang bertempur
dengan tentera di dalam badan kamu. Ketika di dalam pertempuran ini, badan
kamu menggunakan seluruh tenaganya dan memerlukan lebih. Sekiranya kamu
berlari, ketika badan kamu terlibat di dalam pertempuran, kamu akan menggunakan
semua tenaga yang diperlukan oleh tubuh kamu untuk bertempur. Di dalam
keadaan ini, tentera kamu akan tewas di dalam pertempuran ini dan kamu
akan jatuh sakit. Bagaimanapun, apabila kamu demam, selalunya kamu berbaring
untuk berehat, dan tentera kamu menggunakan semua tenaga yang ada. Dengan
itu, tentera berkemungkinan untuk menang. Apabila suhu badan kita meningkat,
badan kita memberikan isyarat "rehat"!
Tahukah kamu apa akan berlaku sekiranya kamu tidak mempunyai system imuniti
ini? Sebaik sahaja kita dilahirkan, kuman pertama yang memasuki tubuh
kita akan membunuh kita. Kerana Allah amat mengasihi hambanya dan mengambil
berat terhadap semua manusia, Dia telah menjadikan semua manusia dengan
system imuniti. Seperti yang kita kemukakan di awal buku ini, kita terhutang
budi kepada Allah setiap saat kehidupan kita kerana dapat melihat benda-benda
yang indah dan menikmati makanan yang lazat. Kerana itulah, kita perlu
mengingati Allah setiap ketika dan berkata "Ya Allah, saya bersyukur di
atas segala keberkatan yang Engkau berikan kepada ku".
|