
KISAH EVOLUSI MANUSIA
Dakwaan para penyokong evolusi
tidak berhenti setakat ini sahaja, tetapi mereka juga mendakwa manusia
berkembang daripada beruk, dan beruk adalah moyang manusia.
Sama ada Darwin atau para penyokong evolusi lain mempunyai bukti untuk mempertahankan dakwaan mereka. Kenyataan ini sepenuhnya khayalan. Sebenarnya, tujuan mereka mengemukakan teori ini adalah untuk menjadikan manusia lupa bahawa Allah telah menjadikan mereka. Jika manusia percaya bahawa mereka terbentuk secara kebetulan dan moyang mereka adalah beruk, mereka tidak akan merasa bertanggungjawab terhadap Allah. Sebaliknya, ini menyebabkan mereka melupakan nilai-nilai agama mereka dan mementingkan diri. Orang yang mementingkan diri tidak akan mempunyai perasaan kasih kepada manusia lain daripada keluarganya. Kamu lihat, para penyokong evolusi cuba menjauhkan manusia daripada perasaan baik, kerana itulah mereka mempertahankan teori evolusi ini. Matlamat mereka adalah supaya manusia melupakan Allah, dan untuk itu mereka memberitahu setiap orang, "Allah tidak menjadikan kamu. Kamu berasal daripada beruk, jadi kamu ini adalah binatang yang telah maju".
Sebenarnya, Allah menjadikan manusia. Dibandingkan dengan hidupan lain, manusia yang merupakan satu-satunya makhluk yang dapat bercakap, berfikir, gembira dan membuat pilihan, adalah bijak, dapat membentuk ketamadunan dan dapat berkomunikasi pada peringkat tinggi. Allahlah yang telah memberikan semua sifat-sifat ini kepada manusia.
Sama ada beruk atau makhluk-makhluk lain dapat bercakap, berfikir atau
membuat keputusan sepertimana yang kita lakukan.
Para Penyokong Evolusi Tidak Dapat Memberikan Sebarang Bukti Manusia Berasal
Daripada Beruk
Di dalam bidang sains, adalah sangat penting untuk mendapatkan "bukti".
Apabila kamu mengemukakan dakwaan, dan kamu mahu orang lain mempercayainya,
kamu perlu mengemukakan bukti. Contohnya, sekiranya kamu memperkenalkan
diri kamu kepada seseorang dan berkata, "Nama saya Omar" dan dia berkata
kepada kamu, "Saya tidak percaya nama kamu adalah Omar", dalam keadaan
ini kamu perlu mempunyai bukti bahawa nama kamu adalah Omar. Apakah bukti
kamu? Kad pengenalan boleh menjadi bukti, atau sijil kelahiran, atau passport,
atau mungkin buku laporan kamu. Jika kamu mengemukakan ini kepada lelaki
tersebut sudah tentu dia tidak akan menolak.
Sekarang kami akan memberikan satu contoh saintifik. Ada seorang ahli sains bernama Newton yang tinggal pada akhir abad lepas (abad ke-19) mendakwa adalah 'graviti' di bumi. Dia menjawab kepada mereka yang bertanya kepadanya bagaimana dia mengetahuinya, "Apabila sebuah epal jatuh daripada pokok, ia akan jatuh ke bawah. Ia tidak terapung-apung di udara". Ini bererti bahawa terdapat satu tenaga menarik epal tersebut ke bumi dan dia menggelarnya graviti.
Begitu juga, para penyokong evolusi perlu mengemukakan bukti-bukti yang membolehkan teorinya diterima. Sebagai contoh, teori evolusi menyatakan moyang manusia adalah beruk. Kita boleh menyoal mereka: Dari mana kamu mendapat idea ini dan di manakah bukti kamu?
Jika moyang manusia adalah beruk, kita pasti dapat menemui fosil makhluk separuh
manusia separuh beruk sebagai bukti. Bagaimanapun, fosil ini belum pernah
ditemui sehingga hari ini. Kita hanya menemui fosil manusia atau beruk.
Ini bererti para penyokong evolusi telah gagal mengemukakan bukti bahawa
beruk adalah moyang manusia.
Muslihat Evolusi
1. Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil spesies beruk yang telah pupus seolah-olah mereka adalah kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk.
Kamu mungkin pernah melihat gambar-gambar di atas.
Dengan melukis gambar-gambar ini, para penyokong evolusi cuba mengelirukan
masyarakat. Sebenarnya, makhluk-makhluk seperti ini tidak pernah wujud.
Dari zaman dahulu lagi telah wujud manusia yang sempurna dan beruk yang
sempurna seperti yang ada pada hari ini. Tidak ada satupun makhluk separuh
manusia dan separuh beruk yang dilukis di bawah ini pernah wujud. Ia terlalu
mustahil untuk berlaku. Seperti yang telah kami katakan, tidak ada satupun
fosil pernah ditemui.
Bagaimanapun, para penyokong evolusi sering mencuba helah baru. Contohnya, apabila menemui satu fosil kepunyaan satu spesies beruk yang telah pupus mereka mendakwanya sebagai fosil satu makhluk di antara beruk dan manusia. Bagi mereka yang kurang arif dalam subjek ini, akan dengan mudah mempercayai apa yang dikatakan oleh para penyokong evolusi.
2. Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil manusia kepunyaan bangsa-bangsa berbeza seolah-olah ia adalah fosil-fosil kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk.
Seperti yang kamu ketahui, terdapat berbagai jenis kumpulan etnik manusia di
dunia ini. Terdapat manusia yang berasal daripada kumpulan-kumpulan etnik
ini seperti bangsa Afrika, Cina, Orang Indian Amerika, Turki, Eropah,
Arab dan banyak lagi. Sudah tentu manusia yang berasal daripada kumpulan
etnik yang berbeza kadang kala mempunyai ciri-ciri berbeza. Contohnya
orang Cina mempunyai mata sepet; sebahagian orang Afrika mempunyai kulit
gelap dan rambut kerinting. Apabila kamu melihat seorang Indian Amerika
dan seorang Eskimo, kamu pasti dapat mengetahui kedua-duanya berasal daripada
etnik yang berbeza. Dahulu, terdapat banyak kumpulan-kumpulan etnik dan
sebahagian daripada sifat-sifat mereka berbeza dengan manusia sekarang.
|
Bagaimana mustahilnya dan gilanya
perubahan di dalam gambar ini berlaku, begitu juga mustahilnya dakwaan
para penyokong evolusi! |
Contohnya, tengkorak manusia bangsa Neanderthal adalah lebih besar daripada manusia hari ini, dan otot-otot mereka juga lebih kuat daripada kita.
Bagaimanapun, para penyokong evolusi menggunakan perbezaan di antara bangsa-bangsa ini dan kita sebagai cara untuk menipu masyarakat. Misalnya mereka menyatakan, apabila mereka menemui fosil sebiji tengkorak Neanderthal, "Ini adalah tengkorang moyang manusia yang telah hidup beribu-ribu tahun dahulu". Kadang kala fosil tengkorak yang ditemui adalah lebih kecil daripada saiz tengkorak manusia hari ini. Berpegang kepada tengkorak ini, para penyokong evolusi berkata, "Pemilik tengkorak ini berada pada tahap perubahan daripada seekor beruk kepada seorang manusia".
Sebenar, hari ini pun terdapat manusia daripada kumpulan etnik berbeza mempunyai
tengkorak lebih kecil daripada tengkorak yang maju. Contohnya, ukuran
tengkorak bangsa Aborigin (orang asli Australia) adalah sangat kecil,
tetapi ini tidak bererti mereka makhluk separuh manusia dan separuh beruk.
Mereka adalah manusia biasa sama seperti manusia lain.
Oleh itu, kita dapat melihat bahawa fosil-fosil yang para penyokong evolusi
kemukakan sebagai bukti berubahan manusia daripada beruk sebenarnya adalah
kepunyaan spesies beruk awal atau bangsa manusia yang telah pupus. Ini
bererti makhluk separuh manusia dan separuh beruk tidak pernah wujud.
Pembohongan Para Penyokong Evolusi Terbesar
1. Penipuan Piltdown Man
Pada tahun 1912, para pakar sains evolusi
telah menemui satu fosil satu tulang rahang dan tengkorak. Tulang rahang
tersebut kelihatan seperti kepunyaan beruk dan tengkorak itu pula kelihatan
seperti tengkorak manusia. Menurut para penyokong evolusi, makhluk ini
separuh beruk dan separuh manusia. Serpihan-serpihan ini dianggarkan berusia
500 tahun, dan ia dianggap sebagai bukti manusia berkembang daripada beruk.
Tulang-tulang ini telah dipamerkan sebagai bukti evolusi selama hampir 40 tahun, di beberapa buah muzium di seluruh dunia. Bagaimanapun, pada 1949, beberapa ujikaji telah dijalankan ke atas tulang-tulang ini dan satu keputusan memeranjatkan telah dihasilkan: Tulang rahang tersebut tidak berusia 500 tahun tetapi berusia 2 atau 3 tahun sahaja. Tulang tengkorak tersebut adalah fosil seorang manusia biasa dan ia berusia beberapa tahun sahaja.
Kebenaran telah diketahui kemudiannya: Seseorang telah memasukkan tulang rahang beruk kepada sebiji tengkorak manusia purba, dan menyalutinya dengan bahan kimia supaya ia kelihatan usang.
Apabila evolusionis tidak dapat menemui satu fosil separuh-manusia dan separuh-beruk, mereka cuba merekakan satu yang palsu.
Peristiwa ini dirakam di dalam sejarah sebagai penipuan terbesar dilakukan oleh para pakar sains.
2. Penipuan Nebraska Man
Lukisan Nebraska Man berdasarkan
kepada sebatang gigi. Sungguh aneh imaginasi para penyokong evolusi. |
Pada 1922, fosil sebatang gigi geraham telah ditemui. Para penyokong
evolusi mendakwa gigi ini mempunyai ciri-ciri manusia dan beruk. Berikut
adalah sekeping gambar satu makhluk yang digambarkan wujud di antara manusa
dan beruk telah dilukis berdasarkan kepada sebatang gigi. Sebahagian lebih
melampau dengan melukis sebuah keluarga makhluk khayalan ini.
Semua lukisan ini dihasilkan berdasarkan kepada hanya sebatang gigi...
sekarang fikirkan seketika. Jika sebatang gigi kamu gugur, dan seseorang
yang tidak pernah mengenali kamu menemuinya dan mendakwa dia dapat melukis
gambar kamu dengan hanya berpandukan kepada gigi tersebut, apakah kamu
akan mempercayainya? Tidakkah ia seperti satu penipuan, jika dia juga
mendakwa dapat melukis seluruh keluarga kamu? Sudah tentu tidak masuk
akal untuk menghasilkan sebuah lukisan satu makhluk dan keluarganya hanya
berdasarkan kepada sebatang gigi. Pada tahun 1927, telah terjadi penemuan
menakjubkan. Semua serpihan tengkorak makhluk tersebut telah ditemui.
Gigi tersebut bukan kepunyaan manusia atau beruk.
Ia kepunyaan seekor babi...
Kejadian ini merupakan malapetaka kepada para penyokong
evolusi.
Sebuah lukisan yang muncul di dalam
Sunday Times pada 5 April 1964 |
Lukisan Maurice Wilson
|
Lukisan N. Parker daripada National
Geographic pada September 1960 |
Bukti Manusia Tidak Berasal Daripada Beruk
1. Para Pakar Sains telah menemui fosil-fosil manusia yang hidup dahulu
kala, fosil-fosil ini tidak menunjukkan sebarang perbezaan dibandingkan
dengan manusia hari ini. Tambahan pula, era ketika manusia ini hidup adalah
era yang para penyokong evolusi dakwa manusia belum wujud. Mereka mendakwa,
pada zaman dahulu, hanya beruk wujud.
Ini adalah tengkorak berusia 800 ribu
tahun kepunyaan seorang manusia. Ini membuktikan para penyokong
evolusi menipu. |
Contohnya, di dalam cari gali yang dilakukan di Sepanyol, fosil-fosil
seorang kanak-kanak yang telah hidup 800 ribu tahun telah ditemui. Wajah
kanak-kanak ini mirip kanak-kanak hari ini. Tetapi menurut para penyokong
evolusi, manusia tidak wujud 800 ribu tahun dahulu. Jelaslah melalui penemuan
fosil Sepanyol ini, bahawa manusia telah wujud sebagai manusia sebagaimana
ia mula-mula dijadikan. Tidak pernah wujud makhluk separuh-manusia separuh-beruk.
2. Para pakar sains telah menemui saki baki sebuah pondok batu. Apabila mereka menghitung usianya, mereka menganggarkan ia berusia sekurang-kurangnya 1.5 juta tahun. Ini bermakna manusia yang hidup 1.5 juta tahun dahulu telah bertamadun. Mereka adalah manusia biasa seperti manusia sekarang. Ini menambahkan lagi kejelekan dakwaan para penyokong evolusi manusia berasal daripada beruk, dan bahawa manusia pertama wujud adalah manusia primitif (separuh-manusia separuh-beruk) yang kemudiannya telah berubah menjadi manusia hari ini.
3. Salah satu fosil tertua pernah ditemui ialah Turkana Boy, yang berusia kira-kira 1.6 juta tahun. Apabila fosil tersebut dikaji dengan teliti, telah dikenal pasti ia kepunyaan seorang manusia berumur 12 tahun, dan dia boleh mencapai ketinggian 1.8 m (5' 9") jika dia mencapai usia dewasa. Fosil ini yang mirip tengkorak manusia, sudah mencukupi untuk memusnahkan kepercayaan manusia berasal daripada beruk.
4. Manusia, di kalangan semua hidupan, adalah satu-satunya makhluk yang dapat berdiri tegak di atas dua kaki. Haiwan seperti kuda, anjing dan beruk berjalan dengan empat kaki, dan haiwan seperi ular, buaya dan cicak adalah reptilia.
Teori evolusi mendakwa bahawa, berjuta-juta tahun dahulu, beruk yang
berjalan empat kaki telah berubah cara berjalan mereka kepada berjalan
bongkok. Beruk-beruk ini terus berjalan bongkok sehingga mereka dapat
berjalan tegak. Hasilnya, manusia telah terbentuk. Dakwaan-dakwaan yang
dibuat oleh teori evolusi ini tidak berasaskan kepada sebarang bukti sains
tetapi hanya kepada imaginasi semata-mata. Kajian yang dilakukan oleh
para pakar sains beberapa tahun mutakhir ini membuktikan dakwaan para
penyokong evolusi ini tidak saintifik.
Adalah mustahil untuk beruk yang berjalan
bongkok dengan empat kaki untuk berubah berjalan tegak dengan
dua kaki.
|
Kajian mendapati semua makhluk menggunakan tenaga mereka ketika berjalan dengan
dua kaki atau empat. Mereka menggunakan dua kali ganda tenaga apabila
mereka berjalan bongkok dan bukan gaya semula jadi mereka.
Kalau begitu, mengapa beruk berjalan bongkok, menggunakan dua kali ganda tenaga, untuk beribu-ribu tahun? Seperti seorang lelaki dewasa yang cuba merangkak dengan muatan penuh di belakangnya. Apakah kamu, yang lebih selesa berjalan dengan dua kaki, tiba-tiba memilih untuk berjalan dengan menggunakan tangan? Sudah tentu tidak ada makhluk yang akan mengubah cara berjalan yang selesa kepada gaya jalan yang tidak selesa.
Kesimpulannya, teori evolusi tidak dapat menjawab persoalan ini, "Mengapa beruk berkaki empat, memilih untuk pada suatu hari untuk berjalan dua kaki?"
Perbezaan Besar
Apakah
logik jika dikatakan manusia berubah daripada Sotong Kurita hanya
kerana matanya seperti mata manusia. |
Perbezaan terbesar di antara seorang manusia dan seekor beruk ialah manusia
mempunyai jiwa dan beruk tidak. Manusia mempunyai kesedaran: mereka berfikir,
bercakap dan meluahkan pandangan mereka kepada orang lain di dalam ayat-ayat
yang rasional, membuat keputusan, berperasaan, meningkatkan citarasa,
mengenali seni, melukis, menyanyi dan penuh dengan perasaan cinta dan
nilai-nilai murni. Semua kemampuan ini berpaksi kepada jiwa manusia. Haiwan
tidak mempunyai jiwa (atau roh). Tiada makhluk selain manusia yang mempunyai
sifat unik ini.
Para penyokong evolusi tidak dapat menjawab persoalan ini. Untuk menjadi manusia, beruk perlu melalui banyak perubahan fizikal dan perlu mempunyai keupayaan lain daripada manusia. Apakah terdapat kuasa semuala jadi yang dapat memberikan kebolehan-kebolehan seperti melukis, berfikir, atau meniru beruk lain? Sudah tentu tidak!
Allah hanya menjadikan manusia dengan kebolehan-kebolehan ini dan Dia
tidak memberikan haiwan-haiwan lain keistimewaan seperti ini. Manusia
adalah manusia dari mula ia dijadikan. Ikan adalah ikan dan burung adalah
burung. Tidak ada makhluk menjadi moyang kepada makhluk yang lain. Allah
adalah Pencipta kepada manusia dan semua hidupan.

|