Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan - Harun Yahya
MALAPETAKA DARWINISMA
TERHADAP KEMANUSIAAN
BAB 1
SEJARAH RINGKAS DARWINISME
Sebelum kita beralih kepada
penderitaan dan malapetaka yang telah dibawakan oleh Darwinisme kepada
dunia, mari kita lihat secara ringkas sejarahnya. Ramai beranggapan
Teori Evolusi yang telah diasaskan oleh Charles R. Darwin, sebagai sebuah
teori yang berlandaskan kepada bukti-bukti, pemerhatian dan eksperimen
saintifik yang kukuh. Tetapi, pengasas sebenarnya bukan Darwin, dan
ia juga tidak mempunyai sebarang sumber saintifik.
Sekeping gambar menunjukkan tuhan air Sumerian.
Seperti Sumerian, Darwinis percaya hidupan telah muncul secara
kebetulan daripada air. Dengan kata lain, mereka melihat air sebagai
tuhan yang menjadikan hidupan.
Pada satu zaman di Mesopotamia, apabila agama penyembahan
berhala berkuasa, khurafat dan kepercayaan karut yang telah menjadi
tunjang kehidupan dan alam ini amat banyak; di antaranya ialah kepercayaan
"evolusi". Menurut epik Enuma-Elish, yang kembali kepada bangsa Sumerian
(tamadun awal Babylon Purba), telah berlaku satu banjir besar, dan daripada
ini tuhan-tuhan yang dikenali sebagai Lahmu dan Lahamu terbentuk secara
mendadak. Berdasarkan kepada khurafat ini, berhala-berhala ini pada
mulanya telah mencipta diri mereka sendiri dan kemudian setelah menjadi
universal, lalu membentuk benda-benda dan hidupan lain. Dengan kata
lain, menurut dongengan Sumerian, hidupan muncul secara tiba-tiba daripada
keadaan berair mati yang berkocak, kemudian berkembang dan membangun.
Kita akan dapati kepercayaan ini amat mirip dengan
dakwaan teori evolusi yang menyatakan bahawa "hidupan telah berkembang
daripada benda tidak hidup". Daripada itu kita akan dapati idea evolusi
bukannya milik Darwin, tetapi adalah milik penyembah berhala Sumerian.
Kemudian, dongengan evolusi ini telah mendapat tempat
yang luas untuk hidup di dalam tamadun penyembahan berhala yang lain,
iaitu Greek Purba. Para ahli falsafah Greek Purba yang materialis beranggapan
bahawa benda adalah satu-satunya perkara yang wujud. Mereka merujuk
kepada dongengan evolusi, yang telah diwarisi daripada kaum Sumerian,
untuk menjelaskan bagaimana hidupan dapat muncul. Dengan itu, falsafah
materialis dan dongengan evolusi telah muncul bersama di Greek Purba.
Dari situ, ia kemudian telah dibawa ke dalam kebudayaan Rom.
Kedua-dua konsep ini, yang setiap satunya adalah kepunyaan
budaya penyembahan berhala, telah muncul di dunia moden pada abad ke-18.
Sebahagian pemikir Eropah yang mengkaji sumber-sumber Greek purba telah
membawa kepada materialisme. Satu sifat biasa bagi pemikir-pemikir ini
ialah mereka menentang agama.
Di dalam keadaan ini, individu pertama yang mengkaji
teori evolusi ini secara terperinci ialah seorang pakar biologi Perancis
Jean Baptiste Lamarck. Di dalam teori beliau, yang kemudiannya didapati
salah, Lamarck beranggapan bahawa semua hidupan telah berkembang daripada
satu sama lain oleh perubahan-perubahan kecil di dalam hidup mereka.
Seorang individu lain yang telah mengulangi dakwaan Lamarck, dengan
cara yang berbeza ialah, Charles R. Darwin.
Seperti masyarakat penyembahan berhala,
Darwinis percaya bahawa hidupan muncul secara kebetulan di dalam
air hasil daripada kesan-kesan semula jadi. Berdasarkan dakwaan
yang tidak masuk akal ini, atom-atom mati di dalam "sup primitif"
di dalam gambar ini telah bercantum dan memilih untuk membentuk
hidupan.
Darwin mengemukakan teori ini di dalam bukunya "The
Origin of Species", yang telah diterbitkan di England pada tahun
1859. Di dalam buku ini, dongengan evolusi, yang berasal daripada Sumer
purba ini, telah dikemukakan dengan terperinci. Beliau mendakwa bahawa
semua spesies berasal daripada satu moyang, yang telah wujud secara
kebetulan di dalam air, dan kemudian telah berkembang di dalam keadaan
berbeza daripada satu sama lain oleh perubahan-perubahan kecil yang
terhasil secara tidak sengaja.
Dakwaan Darwin ini tidak diterima sepenuhnya oleh kebanyakan
ahli-ahli sains pada zaman beliau. Di samping itu, pakar-pakar fosil
telah menyedari bahawa dakwaan Darwin ini tidak lebih daripada sebuah
khayalan fantasi sahaja. Bagaimana pun kemudiannya, teori Darwin ini
telah mula mendapat sokongan daripada beberapa golongan yang berbeza.
Ini kerana, Darwin dan teorinya telah mengemukakan asas yang hilang
kepada kuasa-kuasa yang memerintah pada abad ke-19.
Sebab Utama Penerimaan Darwinisme
adalah Ideologi
Jika dibandingkan dengan hari ini, mikroskop
yang terdapat pada abad ke-19 adalah amat primitif dan hanya dapat
melihat sel sebagai tompokan, seperti di dalam gambar.
Zaman ketika Darwin menerbitkan bukunya "The Origin
of Species" dan ketika beliau mengemukakan teori evolusi beliau, sains
pada waktu itu amat mundur. Sebagai contoh, sel yang telah diketahui
kini mempunyai satu sistem yang paling rumit, hanya dapat dilihat sebagai
satu tompokan melalui mikroskop ringkas yang digunakan pada zaman tersebut.
Kerana itulah, Darwin tidak melihat sebarang masalah untuk mendakwa
hidupan telah muncul secara kebetulan daripada benda mati.
Dengan cara yang sama juga, rekod fosil yang tidak
lengkap juga membolehkan ia mendakwa hidupan muncul daripada satu sama
lain melalui beberapa perubahan. Tetapi hari ini, rekod-rekod fosil
tidak memberikan walau satu bukti untuk menyokong dakwaan Darwin bahawa
hidupan telah muncul dengan peningkatan antara satu sama lain. Sehingga
kini, pengikut-pengikut teori evolusi cuba menyelesaikan dilema ini
dengan mengatakan bahawa, "ia akan ditemui suatu hari nanti di masa
hadapan". Tetapi kini mereka tidak dapat lagi berselindung di sebalik
penjelasan ini. (Untuk maklumat yang lebih teperinci sila lihat bab
Konsep Evolusi Yang Salah)
Walaubagaimanapun, tidak terdapat sebarang perubahan
kepada pegangan Darwinis terhadap teori evolusi ini. Penyokong-penyokong
Darwin telah sampai ke zaman kita di dalam keadaan terus berpegang dengan
keyakinan penuh kepada Darwin sebagaimana ia telah diwarisi akhir 150
tahun yang lalu.
Kalau begitu, apakah sebab untuk Darwinisme, di dalam
keadaan semua fakta-faktanya telah terbukti tidak saintifik, mendapat
perhatian daripada beberapa golongan, dan telah dipropagandakan agar
diterima?
Di antara ciri-ciri teori Darwin yang paling nyata
ialah penolakannya terhadap kewujudan seorang Pencipta. Menurut teori
evolusi, hidupan terbentuk dengan sendirinya daripada benda-benda mati,
secara kebetulan. Dakwaan Darwin ini telah memberikan satu sokongan
saintifik songsang kepada semua falsafah ateis, dimulakan dengan falsafah
materialis. Kerana sehingga abad ke-19, kebanyakan ahli-ahli sains melihat
sains sebagai satu cara untuk mempelajari dan menerokai apa yang telah
Tuhan jadikan. Disebabkan kepercayaan ini telah diterima dengan meluasnya,
maka para ahli falsafah yang ateis dan materialis tidak dapat menemui
satu landasan yang sesuai untuk membangunkan fahaman mereka. Tetapi
dengan menafikan kewujudan seorang Pencipta dan membina satu sokongan
khayalan untuk kepercayaan ateis dan materialis ini, teori evolusi telah
memberikan satu peluang keemasan kepada mereka. Kerana itulah, mereka
telah mengiktiraf Darwin dan mengadaptasikan teori tersebut kepada ideologi-ideologi
mereka.
Kerjasama Darwinisme dengan ideologi-ideologi yang
merosak dan memusnahkan dunia ini, merupakan satu fakta yang amat jelas
di sini.
Sosial Darwinisme: Satu Adaptasi Undang-undang
Rimba Ke Tabiat Manusia
Salah satu dakwaan teori evolusi yang paling penting
ialah asas perkembangan hidupan yang bergantung kepada "perjuangan untuk
hidup" di alam semula jadi. Menurut Darwin, di dalam alam ini terdapat
berbagai pertarungan untuk hidup yang tidak mengenal erti belas kasihan,
iaitu konflik luaran. Yang gagah sering berjaya menawan yang lemah,
dan ini yang mewujudkan peningkatan. Buku beliau bertajuk The Origin
of Species, telah menghuraikan subjek ini. Di bawah bab bertajuk
"The Origin of Species by Means of Natural Selection or the Preservation
of Favoured Races in the Struggle for Life".
Thomas Malthus, yang telah mempengaruhi
Darwin dan beranggapan bahawa peperangan dan kekurangan akan dapat
mengimbangi peningkatan populasi dunia.
Sumber inspirasi Darwin di dalam perkara ini ialah
buku tulisan seorang ahli ekonomi Inggeris Thomas Malthus bertajuk"An Essay on the Principle of Population".
Buku ini menyatakan bahawa manusia akan menghadapi masa depan yang gelap.
Malthus merumuskan bahawa populasi manusia akan meningkat pada kelajuan
yang dahsyat. Jumlah mereka akan meningkat sekali ganda setiap 25 tahun.
Bagaimana pun, keperluan makanan tidak meningkat pada kadar yang sama.
Di dalam keadaan ini, seluruh manusia akan menghadapi ancaman bahaya
kebuluran yang genting. Kuasa-kuasa yang dapat mengawal populasi ini
hanyalah malapetaka, seperti peperangan, kebuluran, dan serangan penyakit.
Ringkasnya, untuk membolehkan sebahagian manusia hidup, adalah perlu
untuk mereka yang lain dikorbankan. Kewujudan bererti "peperangan yang
berterusan".
Darwin mengakui buku Malthuslah yang telah memberikannya
idea tentang perjuangan untuk hidup:
Pada Oktober 1838, iaitu
lima belas bulan selepas saya memulakan penyelidikan secara sistematik,
saya telah membaca secara suka-suka pendapat Malthus tentang populasi,
dan telah bersedia menilai perjuangan untuk hidup yang berterusan daripada
pemerhatian yang panjang terhadap habitat haiwan dan tumbuhan, ia membuatkan
saya terfikir bahawa di dalam keadaan ini, variasi- variasi pilihan
akan lebih terpelihara dan variasi bukan pilihan akan musnah. Hasilnya
ialah pembentukan spesies-spesies baru. Akhirnya saya mendapat satu
teori yang berguna.2
Pada abad ke-19, idea-idea Malthus telah diterima oleh
masyarakat secara meluas. Para intelektual kelas atasan Eropah juga
telah menyokong idea-idea Malthus ini. Tumpuan yang diberikan oleh Eropah
abad ke-19 kepada idea-idea Malthus tentang populasi dapat diperhatikan
di dalam artikel The Scientific Background of the Nazi "Race Purification"
Programme:
Pada separuh awal abad ke-19, di
Eropah, anggota-anggota daripada kelas yang memerintah telah berkumpul
untuk membincangkan tentang "masalah populasi" yang baru ditemui dan
untuk mencari jalan bagi melaksanakan mandat Malthus, meningkatkan kadar
kematian orang-orang miskin. "Daripada menganjur kebersihan kepada orang
miskin, kita perlu menggalakkan keadaan sebaliknya. Di bandar, kita
perlu menjadikan jalan-jalan kita lebih sempit, penuhkan lebih ramai
orang ke dalam rumah, dan mengharapkan pengembalian wabak-wabak. Di
perkampungan pula, kita perlu membina perkampungan-perkampungan yang
dekat dengan kolam-kolam bertakung, dan menggalakkan penempatan di kawasan-kawasan
yang berpaya dan tidak baik.3
Hasil daripada polisi gila ini, yang kuat akan menewaskan
yang lemah di dalam pertarungan untuk hidup, dan dengan ini peningkatan
populasi yang melampau dapat diseimbangkan. Pada abad ke-19 England
telah melancarkan program "menghancurkan orang miskin". Satu sistem
industri telah asaskan di mana kanak-kanak berusia lapan atau sembilan
tahun dipaksa bekerja 16 jam setiap hari di lombong-lombong arang batu
dan beribu-ribu telah mati disebabkan oleh keadaan yang teruk ini. Teori
Malthus "perjuangan untuk hidup", telah mengheret berjuta-juta rakyat
miskin di England kepada kehidupan yang amat menyeksakan.
Darwin yang terpengaruh dengan Malthus, telah memasukkan
pandangan ini ke alam semula jadi, dan menganggap bahawa peperangan
ini akan dimenangi oleh yang paling kuat dan perkasa. Dakwaan Darwin
ini juga merangkumi semua tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga manusia.
Beliau juga menegaskan bahawa perjuangan untuk hidup ini merupakan undang-undang
alam semula jadi yang berkekalan dan tidak akan berubah. Dengan menolak
hakikat ciptaan, beliau telah mengajak manusia untuk meninggalkan kepercayaan-kepercayaan
mereka dan prinsip-prinsip sesuatu etnik yang menjadi penghalang kepada
"perjuangan untuk hidup" yang kejam ini.
Kerana itulah, teori Darwin telah mendapat sokong padu
sebaik sahaja ia mula dikemukakan, mulanya di England dan kemudiannya
di seluruh negara Barat. Para imperialis, kapitalis dan materialis yang
menyokong teori yang menyediakan kepada mereka landasan saintifik untuk
sistem politik dan sosial yang telah mereka asaskan, tidak teragak-agak
untuk menerimanya. Di dalam masa yang singkat sahaja, teori evolusi
ini telah mendapat perhatian berbagai bidang masyarakat manusia, daripada
sosiologi kepada sejarah, daripada psikologi kepada politik. Di dalam
setiap bidang, idea asasnya ialah slogan "perjuangan untuk hidup" dan
"yang kuatlah yang terus hidup", dan parti-parti politik, rakyat, pentadbir,
firma-firma komersial, individu-individu telah mula hidup di dalam bara
slogan-slogan ini. Disebabkan ideologi yang berkuasa telah mengiktiraf
Darwinisme, maka propaganda-propaganda para penyokong Darwin telah mula
menyusup masuk ke berbagai bidang, daripada pendidikan kepada seni,
daripada politik kepada sejarah. Ia cuba mewujudkan pertalian di antara
setiap subjek dengan Darwinisme dan melihatnya dari kaca mata seorang
penyokong Darwin. Hasilnya, walaupun masyarakat tidak mengenali Darwinisme,
tetapi model-model masyarakat yang diingini oleh Darwinisme telah mula
terbentuk.
Darwin sendiri mengakui bahawa pendangan-pandangan
beliau yang berasaskan kepada evolusi telah diserapkan kepada kepercayaan
etnik dan sains kemasyarakatan. Darwin menyebutkan seperti berikut kerpada
H. Thiel di dalam sepucuk surat pada tahun 1869:
Anda tidak
akan percaya betapa gembiranya saya mengetahui bahawa anda telah menyerapkan
ke dalam moral dan sosial persoalan-persoalan yang sama dengan pandangan-pandangan
yang telah saya gunakan berkaitan dengan pemindaan spesies-spesies.
Saya sendiri tidak menyangka pandangan- pandangan saya akan dikembangkan
begitu jauh berbeza, dan yang lebih penting, ia menguasai.4
Di dalam keadaan pertempuran di alam ini diterima sebagai
fitrah semula jadi manusia, konflik-konflik yang berlaku di atas nama
rasisme, Fasisme, Komunisme, dan imperialisme, dan usaha mereka yang
gigih untuk menghentam golongan yang dianggap lemah, kini dapat difahami
dengan sejelas-jelasnya. Kini amat mustahil untuk menghalang atau menyekat
mereka yang melakukan pembunuhan berkelompok yang kejam, melayan manusia
lain seperti binatang, melaga-lagakan manusia supaya saling bermusuhan,
mereka yang menghina orang lain kerana bangsa mereka, mereka yang menutup
perniagaan-perniagaan kecil di atas dasar persaingan, dan mereka yang
menolak untuk menolong orang-orang yang fakir. Kerana mereka melakukan
ini semua berdasarkan kepada undang-undang semula jadi yang "saintifik".
PENINDASAN DI SELURUH DUNIA Pada Darwinsme, penipuan bahawa konflik
dan pertempuran adalah sifat semulajadi manusia telah diterima.
Hasilnya, di kebanyakan tempat di seluruh dunia, peperangan,
pembunuhan, dan keganasan telah diselindung di sebalik mantel
yang dikenali sebagai mantel sains, dan abad ke-20 telah menjadi
satu abad kepedihan dan kesengsaraan.
Perkara baru ini kemudiannya telah dikenali sebagai
"Sosial Darwinisme".
Salah seorang
saintis evolusionis terkenal pada zaman kita, seorang ahli paleontologi
Amerika Stephen Jay Gould menerima kebenaran ini dengan menulis kepada
penerbit buku The Origin of Species dalam tahun 1859, "sebab-sebab
tentang perhambaan, kolonialisme, perbezaan kaum, pertembungan kelas-kelas,
dan peranan seks akan berterusan di bawah nama sains".5
TIMBANG
TARA YANG KEJAM
Menurut Sosial Darwinsme, mereka yang lemah,
miskin, sakit, dan mundur perlu dihapuskan, dan dilenyapkan tanpa
belas kasihan. Mereka percaya bahawa ia adalah perlu untuk evolusi
manusia. Salah satu sebab mengapa pada abad ke-20 tiada jawapan
kepada berjuta-juta manusia yang menagih pertolongan, daripada
Bosnia ke Ethopia, ialah kerana ideologi ini yang telah membebankan
masyarakat dengan kejam.
Terdapat satu fakta yang perlu diberikan perhatian
yang berhati-hati di sini. Setiap zaman sepanjang sejarah manusia telah
menyaksikan berbagai peperangan, kekejaman, penindasan, rasisme, dan
konflik. Tetapi, pada setiap masa terdapat satu agama suci yang mengajar
manusia bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan menyeru mereka
ke arah pendamaian, keadilan dan ketenangan. Di sebabkan manusia mengenali
agama suci ini maka sekurang-kurangnya mereka dapat menerima apa yang
mereka lakukan adalah salah apabila mereka melibatkan diri di dalam
keganasan. Tetapi, kemudiannya pada abad ke-19, Darwin telah mengemukakan
kepada mereka bahawa pertempuran untuk mencari untung dan ketidakadilan
mempunyai justifikasi sains, dan menyatakan bahawa semuanya ini adalah
sebahagian daripada fitrah manusia, bahawa manusia mewarisi dendam dan
sifat agresif yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka, dan bahawa
dengan cara ini jugalah haiwan yang lebih gagah dapat selamat, undang-undang
yang sama berlaku kepada manusia. Dipengaruhi dengan pemikiran ini,
peperangan, penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai telah mula berlaku
di sebahagian besar dunia. Lebih daripada itu, penyokong-penyokong Darwin
telah menyokong dan menggalakkan perbuatan-perbuatan ini yang membawa
banyak kesengsaraan, pertumpahan darah, dan penderitaan kepada dunia,
dan membela semua perlakuan mereka. Hasil daripada sokongan saintifik
yang terkenal ini, semua ideologi-ideologi berbahaya ini telah menjadi
semakin kuat, dan menyebabkan abad ke-20 dicap sebagai "zaman penderitaan".
Di dalam buku "Darwin, Marx, Wagner", pensyarah ilmu
sejarah Jacques Barzun telah mentafsirkan kesan-kesan kebejatan moral
dunia moden kini dari segi sains, kemasyarakatan dan kebudayaan. Ulasan
berikut dipetik daripada buku beliau yang mengimbas pengaruh Darwinisme
kepada dunia:
Pengarang buku "Darwin, Marx, Wagner",
profesor sejarah Jacques Barzun
… Di setiap negara Eropah pada sekitar tahun-tahun
1870 dan 1914 terdapat sebuah parti yang menuntut untuk mengangkat senjata,
sebuah parti individu yang mahukan persaingan tidak sihat, sebuah parti
imperialis yang menuntut kebebasan ke atas rakyat bawahan, sebuah parti
sosialis yang mahu berkuasa, dan sebuah parti rasialis yang mendesak
pembersihan dalaman menentang orang luar - setiap mereka, apabila keinginan
untuk tamak dan menjadi agung gagal, telah menggunakan Spencer dan Darwin,
yang menyatakan, sains adalah jelmaan… Bangsa adalah berkaitan dengan
biologi, ia adalah berkaitan dengan sosiologi, ia adalah secara Darwin.6
Pada abad ke-19, apabila Darwin mengemukakan dakwaan
bahawa hidupan tidak dijadikan tetapi telah terbentuk secara kebetulan,
dan manusia mempunyai moyang yang sama dengan haiwan dan telah berubah
secara kebetulan sebagai organisma yang paling maju peningkatannya,
mungkin tidak ramai yang dapat meramalkan apakah implikasi daripada
dakwaan ini. Tetapi pada abad ke-20, kesan akhir dakwaan ini telah dapat
disaksikan di dalam pengalaman-pengalaman yang menakutkan. Mereka yang
melihat manusia sebagai seekor haiwan yang telah berkembang, tidak teragak-agak
untuk melonjak naik dengan menindas mereka yang lemah, menyahkan mereka
yang sakit dan lemah, dan melakukan pembunuhan beramai-ramai sekadar
untuk membersihkan bangsa-bangsa yang mereka rasakan berbeza dan berkedudukan
rendah. Kerana teori mereka yang bertopengkan sains menyatakan kepada
mereka bahawa ini adalah satu "undang-undang semula jadi".
Mala petaka yang dibawakan oleh Darwinisme kepada dunia
bermula dengan cara ini, dan berkembang pesat ke seluruh dunia. Pada
abad ke-19, sebelum materialisme dan ateisme berkembang pesat melalui
sokongan yang mereka terima daripada Darwinisme, sebahagian besar masyarakat
percaya bahawa Allah telah mencipta semua hidupan dan manusia tidak
seperti hidupan lain, mereka dianugerahkan roh yang dijadikan oleh Allah.
Setiap manusia tanpa mengira bangsa dan kedudukan, adalah hamba yang
dijadikan oleh Tuhan. Bagaimana pun, iman yang lemah telah dipatahkan
oleh Darwinisme, yang membentuk kumpulan-kumpulan masyarakat yang saling
bersaing antara satu sama lain, di samping tidak menghiraukan kepentingan
moral, mereka melihat manusia sebagai seekor haiwan yang telah berkembang.
Masyarakat yang menolak sebarang tanggungjawab mereka terhadap Allah
telah melahirkan satu masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Daripada
kebudayaan inilah munculnya berbagai jenis "isme", dan setiap satunya
telah menjadi malapetaka kepada manusia.
Di dalam halaman berikutnya, kita akan mengkaji ideologi-ideologi
ini di dalam persoalan apa yang Darwinisme justifikasikan, hubungan
rapat di antara ideologi-ideologi ini dan Darwinisme, dan akibat daripada
kerjasama ini kepada dunia.
2 Anton Pannekoek, Marxism
and Darwinism, Diterjemahkan oleh Nathan Weiser, Chicago, Charles H. Kerr &
Company, 1912, http://csf.colorado.edu/psn/marx / Other/ Pannekoek/Archive/1912-
Darwin/
3 Theodore D. Hall, The Scientific Background of the Nazi "Race Purification"
Program, http://www.trufax.org/avoid/ nazi.html
4 Francis Darwin, The Life and Letters of Charles Darwin, D. Appleton and Co.,
1896, jil. 2, m/s 294
5 Stephen Jay Gould, The Mismeasure of Man, W.W. Norton and Company, New York,
1981, m/s 72 6 Jacques Barzun, Darwin, Marx, Wagner, Garden City, N.Y.: Doubleday,
1958, m/s 94-95, cited in Henry M. Morris, The Long war Against God, Baker Book
House, 1989, m/s 70