|
Kesimpulan
Adik-adik, inilah penghujung perjalanan kita di angkasa. Sepanjang perjalanan
ini, kamu menyaksikan keindahan ciptaan alam dan kamu melihat ia sangat
seimbang, Bumi adalah sebuah planet yang dijadikan istimewa untuk kita
di alam semesta ini. Sekarang mari kita semak semula secara ringkas apa
yang telah kita lalui di dalam buku ini. Bumi kita terletak di dalam angkasa
yang tetap, sejuk dan tiada hidupan. Jika kita bandingkan angkasa ini
dengan gurun luas yang kering, kita boleh ibaratkan planet kita sebagai
sebuah istana di gurun ini. Istana ini melindungi kita daripada ribut
gurun dan kepanasan melampau, dan memberikan kita apa sahaja yang kita
perlukan. Seperti istana di gurun ini, Bumi ialah istana kita di angkasa.
Seperti sebuah kapal angkasa yang berjalan melalui angkasa, ia memelihara
kita daripada bahaya angkasa. Di sini, terdapat banyak benda, air, udara
dan segala yang kita perlukan. Sebuah istana tidak akan muncul di gurun
secara spontan. Begitu juga dengan planet kita. Jelaslah bahawa Bumi ini
adalah satu petanda penciptaan agung.
Tambahan pula, berjuta keseimbangan halus, selain daripada apa yang telah
kamu pelajari di dalam buku ini, wujud di dalam cakerawala ini. Apa yang
telah kita saksikan di sini sahaja telah membuktikan bahawa sama ada alam
ini atau Bumi tidak mungkin muncul oleh satu siri kebetulan berperingkat.
Sekali lagi, semua ini menunjukkan satu fakta jelas. Allah, Tuan Punya
Kuasa Tidak Terbatas dan Maha Kuasa, telah menjadikan alam ini, bintang-bintang,
planet-planet, gunung ganang dan lautan dalam kesempurnaan, dan memberikan
kehidupan kepada manusia dan semua hidupan. Ciptaan sempurna Allah ini
digambarkan di dalam Al-Quran seperti berikut:
(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!)
Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan
kukuh)! Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnakannya,
Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), Ia
mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya; Dan gunung-ganang
pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
(Surah An-Naazi'aat:27-33)
Adik-adik! Ingat selalu bahawa Allah menjadikan kamu dan semua yang kamu
miliki. Semuanya adalah nikmat daripada Allah. Kamu mesti sentiasa ingat
kebenaran ini, fikirkan tentang nikmat-nikmat yang kamu kecapi dan bersyukurlah
kepada Allah di atas segalanya.
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)!
Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada
kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
(Surah Al-Baqarah:32)
|