|
Bab 2
SEJARAH RINGKAS TEORI
EVOLUSI
Asal usul kepercayaan evolusi ini adalah seiring dengan kepercayaan yang
menolak kewujudan ciptaan (Allah). Sebahagian besar daripada ahli-ahli
falsafah yang tidak beragama di Greece purba telah mempertahankan ide
evolusi ini. Jika kita mengkaji sejarah falsafah, kita akan mendapati
bahawa ide evolusi ini telah menjadi tulang belakang kepada banyak falsafah-falsafah
pagan yang tidak beragama.
Bagaimanapun, falsafah-falsafah purba ini tidak membantu perkembangan
sains moden, sebaliknya keimanan kepada Allahlah yang memainkan peranan
yang memberangsangkan dalam melahirkan dan mempertingkatkan sains moden.
Kebanyakan pengasas-pengasas sains moden mempercayai kewujudan Allah;
dan ketika mempelajari sains mereka berusaha untuk meneroka cakerawala
yang Allah ciptakan dan memahami undang-undang-Nya dan segala maklumat
di dalam ciptaan-Nya. Ahli-ahli falak (astronomer) seperti Leonardo da
Vinci, Copernicus, Keppler, Galileo; Bapa Paleontologi, Cuveir; pengasas
sains botani dan zoologi, Linnaeus; dan Isaac Newton, yang dirujuk sebagai
"seorang saintis terhebat pernah hidup", mereka semua telah mengkaji sains
dan mempercayai tidak hanya kepada kewujudan Allah tetapi mereka juga
percaya bahawa seluruh cakerawala ini muncul sebagai suatu hasil daripada
ciptaanNya. 5
Albert Einstein, yang dianggap sebagai orang terpintar pada zaman kita,
merupakan di antara saintis warak yang mempercayai Allah dan menyatakan
seperti berikut; "Saya tidak mengiktiraf kebijaksanaan seorang saintis
yang tidak mempunyai keimanan yang mendalam. Situasi ini dapat dijelaskan
melalui sebuah gambaran iaitu; Sains tanpa Agama adalah pincang".
6
Salah seorang pengasas sains fizik moden, seorang ahli fizik Jerman Max
Planck menyatakan bahawa sesiapa yang mempelajari sains secara serius,
adalah untuk membaca fasa yang terdapat di atas pintu sebuah kuil sains,
iaitu; "Berimanlah". Iman adalah sifat utama seorang saintis.
7
Teori evolusi adalah hasil daripada falsafah materialis yang dibayangi
oleh falsafah-falsafah materialistik purba dan mula tersebar dengan meluasnya
pada kurun ke-19. Seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, materialisme
mencari penjelasan semulajadi melalui faktor-faktor material sepenuhnya.
Memandangkan ia telah menolak ciptaan (Allah) sejak awal lagi, maka ia
mendakwa bahawa setiap benda, samada yang hidup atau tidak, telah muncul
tanpa suatu gerakan daripada ciptaan tetapi hanyalah hasil daripada sebuah
kebetulan yang kemudiannya tersusun mengikut keadaan. Minda manusia bagaimanapun,
adalah amat teratur untuk memahami kewujudan suatu kehendak yang tersusun
apabila ia mendapat arahan. Falsafah materialistik, yang bertentangan
dengan kriteria asas pemikiran manusia ini telah menghasilkan "teori evolusi"
pada pertengahan abad ke 19.
Khayalan Darwin Darwin's Imagination
Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis
amatur, Charles Robert Darwin.
Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau
hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup. Minat beliau
terhadap subjek ini telah mendorong beliau menjadi sukarelawan sebuah
ekspedisi di atas sebuah kapal bernama, H.M.S Beagle yang dirancangkan
di England pada tahun 1832 dan mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan
yang berbeza di seluruh dunia selama lima tahun. Darwin yang masih muda
pada masa itu, amat tertarik dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya
burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakan
bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh adaptasi
(penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka. Dengan meletakkan ide ini
di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah
berlandaskan kepada konsep "adaptasi kepada persekitaran". Menurut
Darwin, spesies-spesies hidupan yang berbeza ini bukannya diciptakan oleh
Allah, tetapi sebaliknya datang daripada satu moyang dan kemudiannya menjadi
berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keadaan-keadaan semulajadi.
Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau
eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori
ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dan galakan yang
diterimanya daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa
itu. Ide tersebut ialah individu-individu yang telah menyesuaikan diri
dengan habitat sebagai suatu cara terbaik memindahkan kualiti mereka kepada
generasi-generasi mendatang; kualiti berguna (advantageous qualities)
ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada
suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya. (Asal kepada
"kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut).
Menurut Darwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini.
Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi".
Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usul hidupan, iaitu:
asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan
ini di dalam bukunya bertajuk "The Origin of Species, By Means of
Natural Selection" pada tahun 1859.
Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah. Beliau
menyakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab "Difficulties
of the Theory" (Kesukaran-kesukaran Teori Ini). Kesukaran-kesukaran
ini secara dasarnya berkaitan dengan rekod-rekod fosil dan organ-organ
hidupan yang kompleks yang tidak dapat dijelaskan sebagai suatu kebetulan
(seperti mata), dan naluri benda-benda hidup ini. Darwin berharap supaya
kesukaran-kesukaran ini akan dapat diselesaikan oleh penemuan-penemuan
terbaru; tetapi ini semua tidak menyekatnya untuk mengeluarkan sejumlah
penjelasan yang berbagai. Seorang ahli fizik Amerika, Lipson membuat komentar
berikut tentang kesukaran-kesukaran Darwin ini:Individu yang mengemukakan
teori evolusi ini ialah seorang naturalis amatur, Charles Robert Darwin.
Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau
hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup. Minat beliau
terhadap subjek ini telah mendorong beliau menjadi sukarelawan sebuah
ekspedisi di atas sebuah kapal bernama, H.M.S Beagle yang dirancangkan
di England pada tahun 1832 dan mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan
yang berbeza di seluruh dunia selama lima tahun. Darwin yang masih muda
pada masa itu, amat tertarik dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya
burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakan
bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh adaptasi
(penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka. Dengan meletakkan ide ini
di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah
berlandaskan kepada konsep "adaptasi kepada persekitaran". Menurut Darwin,
spesies-spesies hidupan yang berbeza ini bukannya diciptakan oleh Allah,
tetapi sebaliknya datang daripada satu moyang dan kemudiannya menjadi
berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keadaan-keadaan semulajadi.
Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau
eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori
ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dan galakan yang
diterimanya daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa
itu. Ide tersebut ialah individu-individu yang telah menyesuaikan diri
dengan habitat sebagai suatu cara terbaik memindahkan kualiti mereka kepada
generasi-generasi mendatang; kualiti berguna (advantageous qualities)
ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada
suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya. (Asal kepada
"kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut). Menurut
Darwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini.
Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi".
Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usul hidupan, iaitu:
asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan
ini di dalam bukunya bertajuk "The Origin of Species, By Means of Natural
Selection" pada tahun 1859.
Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah. Beliau
menyakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab "Difficulties
of the Theory" (Kesukaran-kesukaran Teori Ini). Kesukaran-kesukaran ini
secara dasarnya berkaitan dengan rekod-rekod fosil dan organ-organ hidupan
yang kompleks yang tidak dapat dijelaskan sebagai suatu kebetulan (seperti
mata), dan naluri benda-benda hidup ini. Darwin berharap supaya kesukaran-kesukaran
ini akan dapat diselesaikan oleh penemuan-penemuan terbaru; tetapi ini
semua tidak menyekatnya untuk mengeluarkan sejumlah penjelasan yang berbagai.
Seorang ahli fizik Amerika, Lipson membuat komentar berikut tentang kesukaran-kesukaran
Darwin ini:
Charles Darwin
|
Ketika membaca The Origin of Species, saya mendapati Darwin sendiri tidak
yakin dengan apa yang dikatakannya seperti yang sering ditonjolkannya;
sebuah bab bertajuk "Difficulities of the Theory" sebagai contoh, menunjukkan
keraguan yang nyata. Sebagai seorang ahli fizik, saya amat hairan dengan
komentar beliau tentang bagaimana mata diterbitkan.
8
Ketika memajukan teori beliau, Darwin merasa kagum dengan ramai ahli
biologi evolusionis yang menyokong beliau, terutamanya oleh seorang ahli
biologi Perancis, Lamarck. 9
menurut Lamarck, makhluk-makhluk hidup memindahkan sifat-sifat yang mereka
terima sepanjang hidup mereka dari satu generasi kepada generasi berikutnya
dan dengan demikian ia berubah. Sebagai contoh, zirafah telah berubah
daripada rusa dengan memanjangkan lehernya sedikit demi sedikit dari satu
generasi ke satu generasi ketika mereka cuba mencapai dahan-dahan yang
lebih tinggi untuk mendapatkan makanan. Darwin telah menggunakan tesis
"memindahkan sifat-sifat yang diperolehi" yang dikeluarkan oleh Lamarck
sebagai suatu faktor yang menyebabkan benda hidup berubah.
Tetapi, kedua-dua mereka, Darwin dan Lamarck telah melakukan kesilapan
kerana pada masa tersebut, hidupan hanya dapat dikaji dengan teknologi
yang amat primitif dan pada peringkat yang amat tidak mencukupi. Lapangan
sains seperti genetik dan biokimia belum wujud walau hanya pada nama.
Teori-teori mereka ini hanya bergantung penuh kepada keupayaan imaginasi
mereka semata-mata.
Ketika gegak buku Darwin ini telah bergema, seorang ahli botani Austria,
Gregor Mendel telah menemui undang-undang pewarisan pada tahun 1865. Tidak
banyak yang dapat diketahui sehinggalah pada penghujung abad tersebut,
penemuan Mendel telah mendapat kepentingan yang besar pada awal 1900an.
Ia merupakan kelahiran kepada ilmu sains genetik. Tidak berapa lama kemudian,
struktur gen dan kromosom telah ditemui. Penemuan molekul DNA pada tahun
1950an yang mengandungi maklumat-maklumat genetik, telah meletakkan teori
evolusi di dalam krisis hebat. Ianya disebabkan oleh kekompleksitian hidupan
yang mengagumkan di samping ketiadaan mekanisme-mekanisme evolusi yang
dikemukakan oleh Darwin.
Kemajuan-kemajuan ini sepatutnya telah menyebabkan teori Darwin dibakulsampahkan
daripada sejarah. Bagaimanapun, ia tidak berlaku, kerana terdapat beberapa
golongan tertentu yang cuba menyemak semula, memperbaharui dan mengangkat
teori ini ke platform sains. Keadaan ini hanya dapat difahami sekiranya
kita menyedari bahawa di sebalik teori ini terdapat kepentingan ideologi
yang lebih daripada sains.
|
Rasisme Darwin
Satu di antara aspek Darwin yang
paling penting ialah fahaman rasnya (rasisme); Darwin menganggap
bangsa kulit putih Eropah adalah ‘lebih maju' daripada bangsa-bangsa
manusia lain. Apabila Darwin menganggarkan manusia telah berubah
daripada makhluk beruk, dia menduga bahawa sesetengah bangsa telah
berkembang lebih maju daripada yang lain dan sesetengah bangsa lain
pula masih memiliki sifat-sifat monyet. Di dalam bukunya, The Descent
of Man, yang telah diterbitkan selepas buku The Origin of the Species,
beliau telah memberikan komentar berkenaan "perbezaan yang
ketara di antara manusia dari bangsa yang berbagai"1 Di dalam
bukunya, Darwin beranggapan bangsa kulit hitam dan Australian Aborigines
sebagai kesinambungan kepada gorila dan kemudian disimpulkan bahawa
ini semua boleh berlaku dengan "civilised races" (mentamadunkan
bangsa-bangsa) mengikut masa. Beliau berkata:
"Di suatu jangka masa akan datang, tidak
terlalu jauh seperti diukur dengan abad-abad, pertamadunan bangsa-bangsa
manusia ini akan menghapuskan dan menggantikan tempat bangsa-bangsa
liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama, beruk-beruk yang menyerupai
manusia (anthropomorphous apes)... pasti akan terhapus. Perbezaan
di antara manusia pada peringkat yang lebih bertamadun ini, seperti
yang kita harapkan, sehinggakan Caucasian* dan beberapa beruk rendah
seperti babun, seumpama perbezaan di antara bangsa Negro atau Australian
dan gorila".2
Idea gila Darwin
ini tidak hanya sebuah teori, tetapi juga telah berada pada satu
kedudukan yang menghasilkan "landasan saintifik" yang
paling penting untuk rasisme. Dengan beranggapan bahawa hidupan
ini berubah dalam usaha untuk hidup, Darwinisme telah mengadaptasikannya
ke dalam sains sosial, dan ia menjadi sebuah konsep yang dikenali
sebagai "Darwinisme Sosial" (Social Darwinism).
Darwinisme sosial mendakwa bahawa kemunculan ras
manusia dapat dikesan pada pusingan "tangga-tangga evolusi"
1 Benjamin Farrington, What Darwin
Really Said. London: Sphere Books, 1971, pp. 54-56
2 Charles Darwin, The Descent of Man, 2nd ed., New York: A.L. Burt
Co., 1874, p. 178
* Caucasian – Sekumpulan manusia orang asli (native) yang tinggal
di kawasan Caucacus.
|
Usaha Nekad Neo-Darwinisme
Teori Darwin telah menghadapi krisis yang hebat disebabkan oleh undang-undang
genetik yang telah ditemui pada awal suku kurun ke 20. Namun begitu, sekumpulan
saintis yang setia dengan Darwin telah berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencari penyelesaiannya. Mereka telah berkumpul di dalam sebuah perjumpaan
yang dikendalikan oleh Persatuan Geologi Amerika pada tahun 1941. para
ahli geologi seperti G. Ledyard Stebbins dan Theodosius Dobzhansky, ahli
zoologi seperti Ernst Mayr dan Julian Huxley, ahli paleontologi seperti
George Gaylord dan Glenn L. Jepsen, dan ahli matematik genetik seperti
Ronald Fisher dan Sewall Right, selepas perbincangan yang panjang lebar,
akhirnya mereka telah bersetuju untuk "memperbaiki" Darwinisme.
Kumpulan ini menumpukan kepada persoalan asal usul variasi maju yang
sepatutnya menyebabkan organisma-organisma hidup berubah - ia merupakan
sebuah isu yang Darwin sendiri tidak dapat menjelaskannya tetapi hanya
dapat berdalih dengan bergantung kepada Lamarck. Ide terbaru kini ialah
"mutasi rawak" (random mutations). Mereka menamakan teori baru ini sebagai
"The Modern Synthetic Evolution Theory", yang dirumuskan dengan mencampurkan
konsep mutasi kepada tesis pilihan semulajadi Darwin. Dalam masa yang
singkat sahaja, teori ini telah dikenali sebagai "neo-Darwinisme" dan
mereka yang menghasilkan teori ini digelar sebagai "neo-Darwinis".
Dekad berikutnya telah menjadi era percubaan-percubaan untuk membuktikan
neo-Darwinisme ini. Telah diketahui bahawa mutasi - atau "kemalangan"
yang berlaku di dalam gen organisma-organisma hidup sering menyebabkan
kerosakan. Neo-Darwinis cuba mengemukakan satu keadaan "mutasi maju" dengan
menjalankan beratus-ratus ekperimen mutasi. Tetapi, semua percubaan mereka
berakhir dengan kegagalan.
Mereka juga telah cuba membuktikan bahawa organisma hidup yang pertama
telah terbentuk secara tidak sengaja di bawah keadaan bumi primitif seperti
yang dijelaskan oleh teori ini. Tetapi malangnya kegagalan yang sama telah
menimpa eksperimen-eksperimen ini. Setiap eksperimen yang dilakukan untuk
membuktikan bahawa hidupan telah terbentuk secara kebetulan telah mengalami
kegagalan. Perkiraan kebarangkalian telah membuktikan bahawa tidak sebuah
protein pun, yang menjadi blok binaan hidupan, dapat wujud secara kebetulan.
Dan sebuah sel, yang sepatutnya terbentuk secara kebetulan di bawah keadaan
muka bumi yang primitif dan tidak terkawal seperti yang didakwa oleh evolusi,
tidak akan dapat disintesiskan walau oleh makmal-makmal abad ke-20 yang
paling canggih sekali pun.
Teori Neo-Darwinis juga telah disanggah oleh rekod fosil. Ketiadaan "formasi
peralihan" (transitional form), yang sepatutnya membuktikan evolusi beransur-ansur
organisma hidup daripada primitif kepada spesies yang maju seperti yang
didakwa oleh Neo-Darwinis, sehingga kini ia masih belum pernah ditemui
di mana-mana tempat di dunia. Pada masa yang sama, perbandingan anatomi
telah mendedahkan bahawa spesies yang dikatakan berkembang daripada spesies
yang lain di dapati mempunyai sifat-sifat anatomi yang amat berbeza dan
ia menjadikannya mustahil untuk ia menjadi moyang atau keturunan kepada
yang lain.
Tetapi memandangkan Neo-Darwinis sendiri bukan sebuah teori yang saintifik,
tetapi hanya sebuah dogma ideologi, kalau tidak dikatakan sebagai sejenis
"agama". Kerana itulah, pelopor teori ini masih terus mempertahankannya
dengan menolak semua bukti yang bersalahan dengan teori ini. Satu perkara
yang mereka tidak sepakat padanya ialah model-model berbeza manakah yang
sepatutnya merealisasikan evolusi adalah yang paling "tepat". Di antara
model yang paling penting ialah sebuah senario yang menarik yang dikenali
sebagai "punctuated equilibrium".
|
Kajian
secara terperinci terhadap sel hanya dapat dilakukan selepas penemuan
mikroskop elektronik. Ketika zaman Darwin, dengan menggunakan mikroskop
yang primitif, hanya permukaan luar sel sahaja yang dapat melihat.
|
TAHAP
SAINS DAN TEKNOLOGI YANG
PRIMITIF PADA ZAMAN DARWIN
Apabila
Darwin mengemukakan dakwaan-dakwaannya, disiplin genetik, mikrobiologi
dan biokimia masih belum wujud. Sekiranya ini semua telah ditemui
sebelum Darwin mengemukakan teori ini, pasti Darwin dengan mudah
menyedari bahawa teorinya sama sekali tidak saintifik dan dia tidak
akan berhasrat untuk memajukan pandangan yang tidak berguna ini.
Maklumat ini telah membuktikan suatu spesies telah pun wujud di
dalam gen dan adalah mustahil untuk pilihan semulajadi menghasilkan
spesies yang baru melalui perubahan di dalam gen.
Tambahan
pula, dunia sains pada waktu tersebut mempunyai pengetahuan yang
amat cetek dan kasar (asas) tentang struktur dan fungsi-fungsi sel.
Sekiranya Darwin mendapat peluang untuk melihat sel tersebut dengan
menggunakan sebuah mikroskop elektronik, dia akan dapat menyaksikan
kekompeksitian yang hebat dan struktur yang luar biasa di dalam
organelle (sebuah struktur di dalam sel) sebuah sel. Dia akan dapat
memerhatikan dengan matanya sendiri bahawa adalah mustahil untuk
sebuah sistem yang rumit dan kompleks terhasil melalui variasi (perbezaan)
yang kecil. Sekiranya beliau mengetahui tentang bio-matematik, dia
akan mengedari bahawa tidak sebuah molekul protein pun dapat dihasilkan
melalui proses perubahan.
|
Percubaan dan Kesilapan: Punctuated Equilibrium
Kebanyakan santis yang mempercayai teori evolusi menerima teori neo-Darwinis
tentang evolusi perlahan dan beransur-ansur. Bagaimana pun, di dalam beberapa
dekad terakhir ini, sebuah model yang berbeza telah diutarakan. Ia digelar
"Punctuated Equilibrium". Model ini menolak ide neo-Darwinis tentang sebuah
kumulatif, evolusi beransur-ansur, dan berpegang bahawa evolusi telah
berlaku di dalam satu "lompatan' yang besar dan tidak berterusan.
Laungan pertama yang kedengaran untuk mempertahankan fahaman ini telah
muncul pada awal 1970-an. Dua orang paleontologi Amerika, Niles Eldredge
dan Stephen Jay Gould, telah menyedari bahawa teori neo-Darwinis ini sebenarnya
telah disanggah oleh rekod-rekod fosil. Fosil-fosil telah membuktikan
bahawa organisma-organisma hidup tidak terbentuk melalui evolusi beransur-ansur,
tetapi sebaliknya muncul secara mendadak (bukan beransur-ansur) dan di
dalam bentuk yang sempurna. Neo-Darwinis terus hidup dengan harapan formasi
perantaraan yang hilang akan dapat ditemui suatu hari nanti. Walau pun,
mengetahui bahawa harapan ini tidak mungkin tercapai, Eldredge dan Gould
tidak dapat meninggalkan dogma teori mereka, oleh itu mereka telah mengemukakan
sebuah teori; Punctuated Equilibrium. Ia mendakwa bahawa evolusi tidak
berlaku melalui perbezaan-perbezaan kecil tetapi melalui perubahan yang
mengejut dan besar.
Model ini tidak lebih daripada sebuah model fantasi. Sebagai contoh,
seorang ahli paleontologi Eropah, O.H Shindewolf, yang membimbing Eldredge
dan Gould, mendakwa bahawa burung pertama telah terhasil daripada sebiji
telur reptilia, sebagai hasil sebuah "mutasi kasar" (gross mutation),
iaitu hasil daripada "kemalangan" yang berlaku di dalam struktur genetik
. 10 Menurut teori yang
sama ini, beberapa makhluk darat telah berubah menjadi ikan paus raksasa
setelah mengalami transformasi yang mengejut dan menyeluruh. Dakwaan-dakwaan
yang bersalahan sama sekali dengan undang-undang genetik, biofizik dan
biokimia ini, tidak ubah seperti dongengan tentang katak yang berubah
menjadi seorang putera! Walau pun, tertekan dengan krisis yang telah dihadapi
oleh dakwaan neo-Darwinis ini, beberapa orang saintis paleontologi telah
menerima teori ini, yang lebih pelik daripada neo-Darwinisme sendiri.
Stephen Jay Gould
|
Tujuan model ini ialah untuk mendapatkan penjelasan terhadap jurang-jurang
di dalam rekod fosil yang tidak dapat dijelaskan oleh model neo-Darwinis.
Bagaimana pun, adalah sukar untuk cuba menjelaskan jurang rekod fosil
pada evolusi burung dengan dakwaan bahawa "seekor burung keluar secara
tiba-tiba daripada sebiji telur reptilia", kerana menurut pengakuan evolusionis
sendiri, evolusi satu spesies kepada spesies yang lain memerlukan kepada
perubahan besar yang maju di dalam maklumat genetik. Bagaimana pun, tidak
terdapat satu mutasi yang dapat memajukan maklumat genetik ini atau menambah
maklumat-maklumat baru kepadanya. Mutasi hanya akan menjadikan maklumat-maklumat
gen kucar kacir. Oleh itu, "mutasi kasar" yang digambarkan oleh model
"punctuated equilibrium" hanya akan menyebabkan kekotoran, kekurangan
dan kelemahan pada maklumat genetik.
Tambahan pula, model "punctuated equilibrium" ini telah pun musnah pada
peringkat awal lagi apabila ia gagal untuk menjelaskan persoalan asal
usul hidupan, ia juga merupakan persoalan yang menyanggah model neo-darwinis
sejak permulaannya lagi. Memandangkan tidak terdapat walau satu protein
yang terbentuk secara kebetulan, maka perbahasan tentang samada organisma-organisma
ini terhasil daripada bertrilion-trilion protein yang telah menempuhi
evolusi yang "tepat" atau "beransur-ansur", adalah tidak munasabah.
Tanpa mempedulikan ini semua, model yang difikirkan apabila memperkatakan
tentang isu "evolusi" hari ini ialah model neo-Darwinisme. Pada bab-bab
berikutnya, kita akan mengkaji dua mekanisme khayalan model neo-Darwinis
dan kemudian kita akan mengkaji pula dua rekod fosil untuk menguji model
ini. Kemudian, kita akan memperkatakan tentang persoalan asal usul hidupan,
yang akan membatalkan kedua-dua model neo-Darwinis ini dan semua model-model
evolusionis yang lain seperti model "evolution by leaps" (evolusi dengan
lompatan).
Sebelum melakukannya, perlu diingatkan kepada para pembaca bahawa kenyataan
yang akan kita hadapi pada setiap peringkat adalah bahawa senario evolusi
adalah sebuah cerita dongeng, sebuah penipuan yang sama sekali jauh daripada
dunia nyata. Ia adalah sebuah senario yang telah digunakan untuk menipu
dunia selama 140 tahun. Terima kasih kepada penemuan-penemuan sains terkini,
pertahanan berterusannya telah akhirnya menjadi mustahil.
|